Soalan Lazim

Bagaimana jika saya hendak membeli?
Langkah pertama
Pastikan item yang hendak dibeli dan ingat/tulis kod item beserta saiz dan SMS (diterangkan diruangan "Bayaran")
Langkah ke-dua
Pergi ke laman "Bayaran". Cari no. akaun bank pilihan anda dan salin untuk dibayar melalui online atau offline (kaunter/ATM/CDM)
Langkah ke-tiga
Kembali semula ke laman www.cakceko.blogspot.com => Klik laman "Bayaran" dan isi borang elektronik yang disediakan dengan lengkap agar penghantaran akan jadi lebih efisien.
Lebih baik kirimkan SMS kepada kami maklumat bayaran anda agar kami cepat membuat pengesahan. 


Apabila maklumat telah disahkan, kami akan membuat penghantaran mengikut masa yang telah diberitahu diruangan bayaran.

p/s : Selepas membuat SMS untuk membeli seperti diterangkan pada langkah 1 dalam laman "Bayaran", pengesahan untuk anda akan dibalas dalam masa kurang dari 24 jam dan anda haruslah membuat bayaran dalam masa 24 jam juga selepas mendapat pengesahan dari kami. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu sila kirimkan kepada kami e-mel atau SMS sebab-sebab dan anda boleh membuat pembayaran selepas itu.  
Tujuan ini adalah untuk memastikan anda adalah pembeli yang serius. 

Bagaimana jika lebih dari satu produk dalam satu masa?
Hanya 3 langkah mudah juga...Begini, 
Langkah pertama  
Pastikan item yang hendak dibeli. Tulis kod item beserta saiz serta bilangannya jika lebih dari satu item produk yang sama. Senaraikan dan campurkan jumlah harga keseluruhan. SMS (diterangkan dalam halaman "Bayaran")
Langkah ke-dua
Klik laman "Bayaran". Cari no. akaun bank pilihan anda dan salin untuk dibayar melalui online atau offline (kaunter/ATM/CDM)
Langkah ke-tiga
E-melkan Nama Anda, No. Telefon, Alamat Untuk Kiriman, Bayaran Melalui (Nama Bank dll), Tarikh & Masa => Hantarkan ke pakaianbaby@gmail.com

Kejutkan dengan SMS kepada kami untuk tindakan pengesahan dan penghantaran yang terbaik dari kami selanjutnya untuk anda.

Kami akan memeriksa kiraan dan pembayaran. Sekiranya anda tersilap, kami akan hantar e-mel atau SMS pemberitahuan dan cara menyelesaikan kesilapan yang telah dilakukan.

Tidak bolehkah saya mendapat harga borong?
Boleh, sila lihat laman "Borong" atau jawapan bagi soalan dibawah ini nanti.


Bagaimana proses penghantaran dan berapa hari boleh sampai?
Kami menggunakan kurier penghantaran paling dipercayai di Malaysia iaitu Pos Malaysia menggunakan Pos Laju atau Pos Ekspress. Berapa lama kami tidak dapat menjawab tetapi kami akan berikan no parcel yang boleh anda rujuk di laman web Pos Malaysia. Ia juga bergantung kepada tempat dan hari bekerja. Paling pantas anda boleh dapat dalam masa satu hari. 

Bagaimana jika berlaku pertindihan pesanan dari pelanggan lain sedangkan stok yang sama hanya ada satu sahaja? 
Jika tiada stok, kita akan lihat siapa yang submit dahulu. Bagi anda yang membuat pesanan tetapi terlambat dari segi masa, kami akan berunding dengan menghantar e-mel atau sms untuk anda memilih kod yang lain atau kami akan memulangkan wang anda semula. Kami jamin.

Kebiasaannya atau kebarangkalian ia sukar terjadi. Tambahan lagi kami telah menyediakan format pertanyaan tempahan melalui SMS. Jadi anda tidak perlu risau apa-apa berkenaan bayaran yang anda keluarkan.

Untuk khidmat lebih pantas dan mudah anda boleh terus langkaui langkah pertama tersebut dan terus membuat bayaran. Itulah jaminan dari kami.

Bagaimana ingin menempah dan bayar kemudian?
E-mel kepada kami. Barangan yang di tempah hendaklah dalam tempoh tidak lebih dari 3 hari. Bayar wang pendahuluan sekurang-kurangnya separuh dari harga item sebagai tanda komitmen dari anda. Barang yang ditempah akan di tag seperti "ordered by Anuar" atau "booking for"

Jika tidak menerima bayaran dari pihak anda bermakna/memberi maksud item tersebut akan terbuka dan boleh dijual kepada orang lain.


Bagi barangan yang telah di tag pula, anda boleh mohon untuk membeli. Kemungkinan item yang telah ditempah itu ada lebihan stok yang sama jenis, warna atau coraknya maka kami boleh berikan kepada anda. Walaubagaimanapun anda boleh e-mel kepada kami.

Bagaimana jika berlaku kesilapan?
Samada kesilapan dari pihak kami atau pihak anda. Jika berlaku kesilapan dari pihak kami, kami akan memberitahu melalui blog ini atau e-mel atau sms. Jika berlaku dari pihak anda, ia boleh dirunding melalui kiriman e-mel atau sms. 

Bagaimana jika berlaku kerosakan?
Kami akan memastikan sebelum penghantaran tiada kerosakan. Jika ada, kami akan memberitahu dan berunding dengan anda melalui e-mel atau sms. Kerosakan akan dapat dilihat dari puncanya. Adakah sebelum, semasa atau selepas penerimaan. Ia akan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan di ruangan "Bayaran". Ciri menang-menang kami terapkan agar kedua belah pihak berpuashati.

Bagaimana jika saya beli dengan jumlah yang besar? Bolehkah saya dapat harga borong?
Sudah pasti boleh. Kami akan memberikan harga yang terbaik buat anda. Kami sangat menghargai anda. Walaubagaimanapun, anda perlu bertanya melalui e-mel.
Bagi item-item tertentu seperti comforter kami akan memberikan dengan harga borong jika anda membeli dengan kuantiti yang besar. E-mel kami ok? :)

Bolehkah ada tawar menawar?
Tidak melalui medium ini. Kami tidak akan menjawab sebarang e-mel atau sms. Melainkan dari urusan jualan terbuka ia akan dipertimbangkan.

Bolehkah saya dapat dahulu barang yang saya tempah?
Dari pengalaman kami itu tidak akan terjadi. Kami ikhlas menjalankan bisnes ini. Apabila anda telah bayar habis, baharu produk akan dihantar. Anda boleh bayar separuh dahulu sebagai komitmen dan kami tidak akan menjual item yang anda pesan. Barangan yang diletak deposit separuh dari harga boleh dipanjangkan lebih dari 3 hari dan mengikut dari kata putus dari anda dari tarikh yang ditetapkan. Jika anda membatalkan pembelian, kami hanya memulangkan separuh dari deposit tersebut. E-mel kepada kami dahulu.


Kami tiada modal untuk bisnes dan mahu memborong lebih banyak untuk jadi peniaga. Tetapi ia akan menambahkan stok di rumah kami bolehkah pihak cakceko membuat sistem dropshipper?
Drop shipper adalah orang tengah diantara penjual dan pembeli. Pembeli memesan barang dan membayar kepada penjual manakala penjual memberitahu kepada syarikat pemborong dan membuat penghantaran kepada pembeli.


Kami ada rancangan dan mungkin akan jadi dropshipper. Tetapi kami tidak berjanji adakah ia boleh dilakukan pada masa hadapan. Segala terma dan syarat baru perlu dibuat dan dikaji agar urusan berjalan lancar.

Bagaimana boleh saya tahu lebih detail berkenaan produk?
Sememangnya agak sukar untuk satu-satu item itu di perincikan lagi pada satu tempat dan satu masa untuk bisnes secara online. Sebarang pertanyaan lebih lanjut berkenaan produk boleh bertanya melalui e-mel kami di pakaianbaby@gmail.com.


Prinsip perniagaan

Kami mempunyai prinsip bisnes sendiri iaitu kiriman pantas dan memaksimakan kemudahan yang kami mampu berikan. Oleh kerana itu dalam perniagaan online kami, ia akan datang dengan hanya satu harga yang anda mudah untuk membuat bayaran.


Matlamat kami adalah untuk memberikan kepuasan membeli dari anda, melebihkan nilai, memudahkan dan memberi jalan penyelesaian yang terbaik buat anda.


Terima kasih, kami gembira berurusan dengan anda..